Semak Duit

30 August 2010

Tips & Petua Kecantikan.jeng..jeng..jeng..

Nie aku nk kongsi tips & petua utk kecantikan utk diaplikasikan...fuyoOo..ayat.hikhik..

1. Petua kempiskan perut
(nie mmg glomour dgn wanita tp laki pun sama jerr..)

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....kena tnya husband sendiri erkk..oOOppss..hikhik..

2. Mengatasi kelemumur
(t'utamanya bg yg b'tudung)

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali uk hasil yg menajubkannn..!!
 
3. Mewangikan Rambut
(dah x da kelemumur..kita bg wangi lak..)
 
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

4. Limau Nipis Cantikkan Badan

Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan
semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu. Mesti cantek pas nie..hehe

silalah mencuba tips2 @ petua2 nie erkk..harap dapat membantu masalah yg kadang2 memalukan diri kita sendiri









No comments:

Friends