Semak Duit

13 October 2010

ilmu tentang asid folik.Mesti ramai yg ingin tahu..

FUNGSI Folik Asid:

 dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah.

Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. 

Ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.

Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.
Folic acid sangat penting dalam kehamilan.
Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil.

Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. 


Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.

Sekiranya kita kekurangan asid folik ini boleh menyebabkan :

•Sakit disekeliling mulut.
•Sakit lidah.
•Tumbesaran yang lembap pada kanak-kanak.
•Anemia.

Pesanan:
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C

1 comment:

ardinihumaira said...

wow.. nanti pas kawen dni leh cuba :D

Friends