Semak Duit

05 September 2011

* Mari Kita cari Set Bersalin *

Kemarin aku keluar jejalan ke Tesco.
Bukan jejalan saja, tp meneman En. Asben beli barang mentah nk berniaga.
Sesampai di Tesco, baru aku teringat nk tengok tengok set bersalin untuk aku.

Hari tue aku ada tanya kat mak "mak pakai set bersalin jenis apa?"
Mak aku kata : "dulu mak tak pakai set bersalin apa apa pun"
Aku kata balik : "badan mak maintain okey la..."

Jadi, secara otomatik aku pun jadi blur nk tengok jenis @ brand apa..

Aku selidik punya selidik kt Tesco tue..
Aku dah nmpk apa yg aku nk beli..
Agak tak berapa mahal la.
Sebab kebanyakkan set bersalin semuanya ratusan ringgit.
Yang aku tengok nie harga tak sampai RM100..kita okeh la kot..
Nnt pandai pandai maintain sendiri la..

Aku tengok Set bersalin Afiat
(mcm gambar di bawah nie)

Ubat Bersalin Afiat mengandungi:

• Pil Afiat untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga
• Bedak Hangat untuk disapu seluruh badan selepas mandi
• Minyak Afiat untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat
• Pati Afiat untuk disapu pada bayi
• Akar Kayu untuk direbus 20 hari selepas bersalin
• Barut Berubat untuk membantu mengempiskan perut
• Pil Jamu Sihat Afiat untuk menyegarkan kembali wajah dan badan wanita



Pilihan kedua aku klu aku tak dapat set bersalin Afiat
Set Bersalin Mustika Ratu



Tak pun aku rembat yang nie..
Set Bersalin Ambar Kenanga



Memerlukan pertolongan
TAK TAU NAK PILIH YANG MANA TERBAIK DAN TAK BERAPA TINGGI HARGANYA

Please..tolong comment utk bg pendapat...
Saya insan yng lemah dan akan bersalin bulan 11 nie...
(tengah wat muka sedih nie)


No comments:

Friends