Semak Duit

19 October 2011

Tanda-Tanda Akan Bersalin Tak Lama Lagi




❤ Bayi Turun Ke Bawah ❤
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Akan rasa:

~sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. dah rasa!! (time nie aku nak angkat kaki pun rasa takut...takut sakit...)

~kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing. (sangat kerap..! tapi kencing cikit jer..)

~sakit perut, memulas. (Aku selalu time malam..)

~kerap buang air besar.
(slalu rasa nak terbuang air besar jerrr..bila p toilet, tak jadi...)

~kerap terkentut. (Jangan nk cakap apa apa la...)

~Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu. (tak tau bab nie, yang tau..keputihan akn lebih dr biasa..)

❤ Rahim Mula Menipis ❤
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

❤ Sakit Belakang ❤
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
(ooohhh...yang nie jangan kata apa la...kadang kadang terpikir "bila aku nk bersalin nie..?", tapi bersabarlah.)

❤ Pecah Air Ketuban ❤
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kaki aku tengah bengkak sekarang nie...Orang kata bila kaki nie dah surut bengkaknya....Bersiap sedialah wahai Ibu.....





































1 comment:

jeBateja said...

Semoga hang dan baby nanti selamat...Isya Allah...

Friends