Semak Duit

29 February 2012

Sangat Kurang Ajar (Hati Aku Panas Nie)


Aku sangat panas hati bila tengok keadaan ini. Tadi pagi pagi lagi aku buka facebook..ada gak keadaan cmnie. Rasanya lagi teruk...tapi aku tak pasti sbb apa baby tue dilakukan kejam cmtue..

Kalau wat kat anak aku!
Aku tumbuk, belasah segalanya aku wat kt si pelaku cabuk tue!


Nie cerita dr Harian Metro hari ini:

JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.


Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.









Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.







Kongsi artikel ini menerusi media sosial



Kongsi Artikel
Facebook MySpace Google Twitter





1 comment:

jeBateja said...

Den kalau jumpa org yg buat mcm tu...den buat balik mcm ne dia buat kat diri dia....biarkan seminggu....baru dia taw...mcm ne rasa....

Friends