Semak Duit

24 July 2012

Ramadhan 4 : Petang kemarin* bawak Auni p pasar ramadhan

First time Auni jejak kaki ke pasar ramadhan.
Dari rumah, dah tentu tau la dia akan gelak, sembang sembang bg tau org kampung yg dia leh nek moto p ronda ronda.
Dah sampai pasar ramadhan, Auni tersenyap.
Apasal lak budak ni??

Oooo...kejutan suasanala. hehe

Auni bising balik..bukan nangis, dia bercakap cakap bahasa dia.
Aku pun tak paham.
Cakap bnyk betul budak kecik nie.

Tiba tiba dia senyap lagi.
Apasal lak.
Sambil perhatikan kawasan sekeliling (nk tau sbb apa Auni tersenyap)
Rupa rupanya dia ternampak belon da..
Belon yang tergantung gantung..Ada spongebob, Boboiboy, upin ipin..
Auni tergamam la tu.
Dia wat muka sedih.
Dia nk la tue..
Tak yah la, Auni tak pandai main lagi belon tue...tak mo..tak mo..

Teruskan perjalanan.
Ya Allah,
Peramahnya Auni Faqiha.
Dia menegur orang merata rata.
Sampai brother yg duk goreng mee tue pun sempat lagi menyampuk cakap Auni.
Magik betul orang leh faham cakap Auni.

"hisss..Auni, diam diam ckit. Orang tengok kita nie"
Lagi dia kuat. (cm jumpa kawan lama lak dia punya riuh)

Dah beli air soya 2 bungkus, tepung talam 2 jenis, burger goreng 1, air jambu 1.

Time nk balik. Guna jalan yg sama jugak lah.
Nampak balik belon yang Auni mengidam tue.
Tersenyap.

Sambil berjalan aku berkata dlm ati "kesian Auni nk belon, nnt Auni dah besar ckit ibu beli ya..."

Tapi bila dah sampai kat moto. nak balik ke rumah.
Dia sekali lagi mengeluarkan suaranya yg lemak merdu tu..
Riuh rendah.
Sampai la ke rumah.

Aku tak da pic @ video Auni time nie. Klu aku uplode kt youtube mesti rmai yg like. hehe..

Itu sahaja cerita mengenai seorang budak kecik pergi pasar ramadhan :)


4 comments:

nabilah_2908 said...

haha...cute..!! :)

Affieza said...

New enviroment utk baby mmg camtu kan?? mesti nk tgk apa yg menarik kat sekelilingnya tu..hehe

btw salam kenal and thanks singgah my blog yer..

Unknown said...

@nabilah : klu tengok dia punya gaya lg cute..heh. Puji anak sendiri.Jgn marah..

Unknown said...

@affieza : salam kenal kembali. Budak budak mmg cmtue...teruja.

Friends