Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para
jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang
tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari
ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga
dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik
beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai
puasa hari Arafah? Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun
dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh
imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada
dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
(Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari
sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu.
….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. (Hadis isnad hasan
dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita
diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi
bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain
selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat
daripada kekotoran dosa dan noda.
NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”
Aku just copy dr islamituindah sbb aku tak pandai nk wat ayat
No comments:
Post a Comment