Semak Duit

13 January 2015

Tak percaya dengan umur?

Assalamualaikum

Harini dah 13 hari masuk tahun baru 2015. Tp aku still rasa cm biasa-biasa, ala-ala tahun 2014. Apa  nk beza? nombor ja pon. 2014 --> 2015??? Tapi terpikir plak. Tukar tahun, tukar umur jugak. Adus. Aku ingat-ingat umur aku baru 18 taun. Aku dengan perasan muda remaja ambik kakulator. Tekan-tekan. 2015-1986 = 29. ish..ish..tak kan kot. padam-padam. kira balik. 2015-1986..sama 29!! haaaa..tak kan dah 29 taun!!! ha..frust. ingtka muda lagi..

Dah 29 taun hang ni. Jd bini orang, dah comform. Mak orang pon dah comform. Tapi nk tambah anak lagi boleh..? Anak dara tue dah masuk 4 taun kalau ikut taun. Kena sama-sama ibu, kita kira ikut taun. Jgn ikut bulan! Rezeki Allah SWT yang letak, kita tak tau, cuma boleh usaha, doa, tawakal. 

Dah 29 taun, kena usaha gak bg dpt umh sendiri. Lambat-lambat harga umh makin dok naik. Pastu lone plak makin mahai la bila umuq pon bertambah.. walaupon lone kerajaan. huh. Umah..umh..umh.. La ni susah betui nk beli umh. "Abg, jom kita wt pondok kt tanah yg dok ada tue, cm pondok tunggu durian luruh tu"hehe

Esk sambung pikir lg. Malas dah la nk pikir apa yang nk kita kena capai. Nak capai bintang kt langit boleh?

17 July 2014

Kerenah Auni beli kasut raya

Salam.

Harinie dah 19 Ramadhan..Lebih kurang 2 minggu ja lagi kita dah nk raya.
Yahoo..! syooknya. Dah macam budak-budak la plak.

Nak cita pasal anak la.
Aritu keluar konon-konon nk beli baju dan kasut raya la kt budak tecik tu.
P Billion ja pun, sebab aku dah tau kurang-kurang memang akan ada benda yang akan aku beli dari aku nk p shooping complex yang gah-gah tu.
Mula-mula masuk Billion p tengok kasut budak tecik tu dulu..
Sambil dukung (budak tecik yang umur nk cecah 3 thn pun kena dukung)..
Budak tecik tu nmpak kasut cantik, terus dia nk turun..dah tak mau ibu dukung.
Dia p ambk kasut tue. Dia buka kasut yang dia duk pakai dan terus try kasut yang dia berkenan..
Tapi....dia kata “bu, kasuit saq” maksudnya “ibu, kasut besar”.
Dia buka balik kasut tue dan terus ke kasut lain dgn harapan akan dapat kasut raya baru....
Tapi... apala punya budak tecik Auni nie, dia boleh lak berkenan gan kasut sliper ja..Kasut sliper nk wat kasut raya ka cik adik tecik tonet oooiii???
Last-last mmg tak beli gak kasut raya kt Auni.
Tengok la, rasanya mmg kena p shooping complex yang gah-gah jugak la nmpknya.

Rasa macam nk cita macam-macam lagi pasal perangai budak tecik gegirl Nur Auni Faqiha nie.. Nanti2 la no...sbb aku tengah cari idea nk wat skrip drama slot Akasiana TV10 nnt. Jgn lupa tengok.

Byebye.

30 January 2014

Imam meninggal dalam solat. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Nak cerita cikit kejadian semalam. Macam selalula ayah akan p solat jemaah magrib dan isya kt surau. Pas solat magrib, ayah balik rumah..tengok berita TV3..Azan isya, ayah p surau balik. Ayah akan p solat dan terus balik rumah kalau tak da apa-apa hal lah. Aku perasan jugak, ayah balik lambat la pas solat isya tue... Dekat 9.30 mlm baru ayah balik. Kalut-kalut. Hairan semua kt rumah. Pastu baru ayah bg tau yang ada orang meninggal kt surau. Orang yang meninggal tu imam yang sedang mengimamkan solat isya tu! Dalam duk baca ayat, dia terdiam. Orang hairan. P tengok imam tu dah rebah. Ya Allah. Dia meninggal dunia dlm solat! selalunya aku tengok dlm drama ja. Nie real berlaku kt surau kampung aku. Jemaah semua angkat imam tue letak kt belakang dan solat isya kali ke 2. Ya Allah.


"Mati dalam keadaan baik adalah impian yang amat diingini oleh orang Islam. Ini kerana apabila kita mati dalam keadaan baik maka alam barzakh dan alam akhirat juga pasti akan berkeadaan baik. Jika kita mati dalam keadaan yang tidak baik atau tidak elok, pastinya alam barzakh atau alam kubur dan alam akhirat pasti akan berkeadaan buruk.
Kebiasaannya, seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan baik atau buruk ini dipengaruhi oleh amalan-amalan yang dilakukan semasa hidup. Jika kita ingin mati dalam keadaan baik, kita lakukanlah perkara yang disuruh oleh Allah dan yang ditetapkan dalam Islam seperti berzikir, berselawat, bersedekah, menunaikan solat dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Alangkah indah jika roh kita diangkat ketika kita sedang beribadat kepada Yang Maha Esa. "


Al-Fatihah

Friends