Semak Duit

12 March 2010

MoOd : baca paper

Dua artis berselisih ajal


2010/03/12 PETALING JAYA: Dua anggota kumpulan One Nation Emcees (One) nyaris maut apabila kereta Mazda 3 milik seorang anggota kumpulan itu terbabas ketika cuba mengelak kenderaan lain di Lebuh Bandar Utama, Damansara, dekat sini, semalam.

TERBALIK...kereta anggota kumpulan One yang terbabit kemalangan, semalam. Dalam kejadian jam 7.40 pagi itu, kereta dipandu Shamimi Amalina Norhisham (Mimi), 23, terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas dan tergantung di longkang berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Puah Chai 2, Bandar Utama di sini.

Keadaan itu menyebabkan Mimi dan seorang lagi anggota One, Nur Hasan Baias (Jojoe), 34, terpaksa merangkak keluar untuk menyelamatkan diri.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta itu cuba mengelak sebuah kenderaan lain menyebabkannya terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik dalam longkang.

Kemalangan persis aksi filem itu, bagaimanapun sukar dipercayai apabila kedua-dua artis berkenaan terselamat dari maut walaupun kereta rosak teruk.

Ketika kejadian, kedua-dua penyanyi dalam perjalanan ke Sri Pentas, Bandar Utama untuk menghadiri jemputan bagi rancangan terbitan TV3, Malaysia Hari Ini (MHI).

Biarpun kereta dinaiki rosak teruk, namun kedua-dua penyanyi terbabit, Mimi dan Jojoe tidak cedera serius.

Mimi ketika ditemui ketika membuat laporan di Bahagian Trafik, Balai Polis Petaling Jaya di sini, berkata kereta yang dipandunya hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah Proton Satria yang memotong mendadak dari arah kiri.

Menurutnya, kereta terbabit yang dipandu laju dan berbahaya menyebabkan dia terkejut sebelum terbabas ke bahu jalan.

“Kemalangan berlaku selepas saya menjemput Jojoe di rumahnya di Kelana Jaya untuk menghadiri sesi temubual dan mengadakan persembahan bagi program HMI sempena mempromosikan album sulung kami yang baru dilancarkan minggu lalu.

p/s : citer selanjutnya sila baca paper metro 12/03/2010 (siap ada gmbar lg)

No comments:

Friends