Semak Duit

29 August 2010

der..der.. DAN ter..ter..

Tengok tajuk.Rasa2 apa yg aku nk cita dlm entry kali nie..heeehhh...Teringat kt Shaheizy Sam nieh..syokla tngk dia nie..dah la hensem..seronok ja bila dengar dia cakp..Aku tengah layan cita ADNAN SEMPIT wat kali ke berapa tah ler..Aku x kisah sbb aku suka..kik..kik..kik..walaupun citer nie dah lama kluar kt panggung dan DVD pun berlambak yg dah 'di'cetak rompakkan..

thanks for google yg byk membantu..

cdikit info ttg citer ADNAN SEMPIT

Pengarah :
Ahmad Idham

Penerbit:
David Teo : (Penerbit Eksekutif)
 
Lakonan:
Shaheizy Sam : Adnan / Nan Sempit (Pelakon Utama)
Intan Ladyana : Nadia (Pelakon Utama)
Reanna : Wawa (Pelakon Pembantu)
Cat Farish : Macha (Pelakon Pembantu)
Julia Hana : Ika (Pelakon Pembantu)

Anugerah (Pencalonan):
Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) - Filem Terbaik
(dpt anugerah tue derr..)

Aku kasi ckit sinopsis:

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.

Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.
 
Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.

2 comments:

jeBateja said...

Mmg lawak dia tu....tapi kalau jadi JAHAT...pun dia jugak....ahakz

Unknown said...

nama pun pelakon...tp luaran kita x tau ler...hope,dia ceria cm adnan sempit..hehe

Friends