Semak Duit

08 March 2011

Lu Langsi Lu Mati


Aku meminatinya...Aku bukan minat kt dia dari Adnan Sempit na...sebelum-sebelum tue lagi aku dah minat kt dia. Betul! aku tak tipu. Sejak Sam berlakon dlm Drama Pa’e. Korang tengok tak??
Ya la, skrg nie dia lg glamor semenjak Adnan Sempit menjadi "muka nampak ganas, tp dalam hati ada taman..."

Aku nak tengok cita nie..tp lambat lagi rasanya nak tayang..huhu


Antara barisan pelakon dalam filem ini adalah Tumulak (Shaheizy Sam), Norliana Samsudin (Detektif Maya), Fizo Omar sebagai ASP Shariff, Azad Jazmin (Mikail), Putri Mardiana (Yati), Fida (Maria), Zul Handy Black (Kimpedu), Shafie Jaafar (Tok Malik), Pooniah (Victor), Chew Kin Wah (Jimmy).

Aku terpaksa besorkan dan highlightkan nama Shaheizy Sam



SINOPSIS
                         KONGSI

Filem aksi komedi yang bertajuk Kongsi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur.

Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya.

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.

Gaya & Lagaknya




 


2 comments:

Zura Tahir said...

minat jugak masa dia berlakon cite Pa'e tp skrg nie xbape minat dah...tgk2 cam tue je...

ardinihumaira said...

fuhyoo rambut dia :D

Friends