Semak Duit

07 August 2012

Ramadhan 18 : Kesian Auni, dia buang air besar tak henti henti

Dalam perasaan kesian aku tinggalkan Auni tadi pagi.
Nak wat cmna, kena p keja gak..
Sepanjang cuti selama 3 ari nie (cuti Sabtu, Ahad & Nuzul A-Quran)
Aku berkepit ja gan Auni.
Kesian dia.
Dia berak banyak kali sangat.
Selalu dia membuang 2 atau 3 kali ja sehari.
Tapi nie smpai 4 hingga 5 kali sehari.
Ada aritue pukul 2.30 pagi (sebelum sahur) dia dah merenget. Dia berak.
Kesian dia.

Ya Allah, Kau sembuhkanlah Nur Auni Faqiha.

Derita aku tengok dia. Kesian....

Tapi aku rasa cam ada orang cerita cerita kat aku yang bila budak nk tumbuh gigi, dia akan berak banyak banyak banyak kali.

Adakah Auni Nak tumbuh gigi???

Kepada sapa sapa yang tau pasal info nie, sila lah berkongsi.

Untuk makluman, Auni tak da gigi lagi.
Kadang kadang dahi dia panas cm demam, tapi sekejap ja..
Dia dah tak lalu mkn moi nasi.

No comments:

Friends