Semak Duit

30 January 2014

Imam meninggal dalam solat. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Nak cerita cikit kejadian semalam. Macam selalula ayah akan p solat jemaah magrib dan isya kt surau. Pas solat magrib, ayah balik rumah..tengok berita TV3..Azan isya, ayah p surau balik. Ayah akan p solat dan terus balik rumah kalau tak da apa-apa hal lah. Aku perasan jugak, ayah balik lambat la pas solat isya tue... Dekat 9.30 mlm baru ayah balik. Kalut-kalut. Hairan semua kt rumah. Pastu baru ayah bg tau yang ada orang meninggal kt surau. Orang yang meninggal tu imam yang sedang mengimamkan solat isya tu! Dalam duk baca ayat, dia terdiam. Orang hairan. P tengok imam tu dah rebah. Ya Allah. Dia meninggal dunia dlm solat! selalunya aku tengok dlm drama ja. Nie real berlaku kt surau kampung aku. Jemaah semua angkat imam tue letak kt belakang dan solat isya kali ke 2. Ya Allah.


"Mati dalam keadaan baik adalah impian yang amat diingini oleh orang Islam. Ini kerana apabila kita mati dalam keadaan baik maka alam barzakh dan alam akhirat juga pasti akan berkeadaan baik. Jika kita mati dalam keadaan yang tidak baik atau tidak elok, pastinya alam barzakh atau alam kubur dan alam akhirat pasti akan berkeadaan buruk.
Kebiasaannya, seseorang yang meninggal dunia dalam keadaan baik atau buruk ini dipengaruhi oleh amalan-amalan yang dilakukan semasa hidup. Jika kita ingin mati dalam keadaan baik, kita lakukanlah perkara yang disuruh oleh Allah dan yang ditetapkan dalam Islam seperti berzikir, berselawat, bersedekah, menunaikan solat dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Alangkah indah jika roh kita diangkat ketika kita sedang beribadat kepada Yang Maha Esa. "


Al-Fatihah

3 comments:

jeBateja said...

Pehhh...beruntung lah Imam tu.....kita ni...tah mcm ne...

Tengkubutang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 160
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Tengkubutang said...

Alfatihah.. untungnya..

Friends