Sultan Brunei cerai Azrinaz talak satu
Terkejut aku tengok surat khabar ari nie masa atas feri tadi walaupun aku cuma menumpang baca surat khabar yang tuan punya tue sendiri pun tak sedar....Apa lagi,samapi ofiz terusla aku buka internet cari
Utusan Malaysia Online..
Alahai..napa leh cerai lak nie..?? Sultan Brunei nie yang aku tau orang paling kaya!!! fuyooooOOo.. Aku dah mula nak bergosip nie.. Agak-agaknya napa pasangan diraja nie bercerai nOoo???
(diam-diam,gosip nie.Jangan bagi orang len dengar...hehe).
Keratan paper Utusan Malaysia..
KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.
Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas.
“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.
Teks perisytiharan perceraian antara Sultan Hassanal Bolkiah dengan Azrinaz Mazhar Hakim.
--------------------------------------------------------------------------------
Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.
Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz Mazhar, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.
Hasil perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahayamata iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.
P/s : Sapa-sapa nak bergosip gan aku leh la tinggalakan ulasan anda yerr....
3 comments:
vavavaaaa kiyutnye blog ni hehe
nak gosip gak...sian azrinaz kan..lbh kesian anak2 dia kecik lagi huhuu
ish3...entah la org kenamaan nih....
Aleeya : thankz sbb sudi gosip-gosip kt cnie..kesian la kan kt anak-anak dia...tp kt azrinaz nie sendiri pun kami kesian gak..
Alimaz : org kenamaan ja yg lebih popular (yang kita cepat tersebar ceritanya..). ORANG KENAMAAN = ARTIS
Post a Comment