Semak Duit

16 July 2010

Program 2,3, ari lepas

Bermulanya 10 Julai 2010 adalah Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang Ke-72. Hari yang dinanti2kan oleh semua staf kat pejabat aku nieh. Tau tak napa?? Meh aku nak g tau sebabnya. Dengar betul-betul!! Sebabnya adalaaaahhhh......kami semua tak yah stayback lagi!! kami semua dah boleh balik keja awal (dapatla kami tengok matahari,kena la ckit kulit kami dengan cahaya matahari).. Lega semua orang. pasnie ofiz comform sunyi. Sebabnya?? Smua pakat nak ambik cuti rehatkan diri yang dah berkerja keras. Mesti semua tertanya-tanya yang aku nie tak minta cuti ka??? Nie jawapannya...

"Aku rasa aku tak mau ambik cuti sebab aku dah ambik cuti masa wedding aku blan 5 lepas dan aku mesti nak beraya di rumah mak ayah aku,semestinya nak kena balik umah mertua..So,keputusan yang aku ambik adalah aku tak yah cuti...tapi kalau aku malas??aku 'ter'paksa ambik cuti gak..hehe.. (cakap tak serupa bikin)"

3 hari untuk Hari Istiadat Penganugerahan darjah Kebesaran Bintang dan Pingat (sempena Hari Jadi TYT)
3 hari untuk raptai

Jadi selama 6 tari la kami semua staf berkampung di Dewan Sri Pinang (dewan nie memang senonim gan Penang)

Kerja kami bila ada hal 'Urgent' terpaksa la balik ke ofiz selesaikan dulu. Cmatue la kami.Nasib baik ada transport siap gan driver sekali duk tunggu arahan..hehe.. Sekali sekala jadi la macam mak datin..

Pengalaman memang seronok.. Tapi biasala,majlis besar-besar nie kadang-kadang jadi kalut sikit. tambahan bagi aku yang menjaga kaunter pendaftaran. Aku sepatutnya samapi sebelum pkl7.30 pagi tapi aku sampai pkl8 pagi...hebat tak aku???hahahaa....tapi kaunter aku tetap maintain berjalan lancar ja pendaftaran tue.. tapi agak serabut di kaunter sebelah.. Nak wat camna,dah nasib..kaunter tue mmg ramai yang akan pergi daftar...

AKu nie bercerita macam bercelaru ja.. Korang faham ka?? Kalau faham,angkat tangan!! Kalau tak faham,Angkat kaki!!!!


permandangan dari sisi kaunter pendaftaran aku


Tengok!! kaunter aku sunyi sepi...lineclear....

Nie time duk menunggu TYT mai


Nie para-para pekerja di kaunter

Aku ngacau kat kaunter orang len..('gian' nak bergambar)
Nie dia peneman aku pergi makan (kerap kali dia berpuasa)
Nie pada ari terakhir (gambar aku pakai baju nie menampakkan kegemukan!!)
snap pic sendiri (tak da cameraman nak tangkap gambar aku sbb tak comey..)
Semua pakai 'gian' nak bergambar
Ada 2 jejaka 'interprem'
time TYT dah sampai
Nie la TYT kami... (bagi penduduk Penang shj)

*Toh Puan*

Bila TYT dan Toh Puan dah masuk dewan,keta dier dah jadi milik aku..hahaha (gelak jahat) *pinjam utk bergambar jerr..

Merepit nek moto pOlis daaa...

gadis berangkai


Nie aku duk kat kerusi yang isteri Ketua Menteri duduk tau...
tak suka gambar nie. tak ready lagi!!! (dimasukkan juga ke dalam blog sebab nak tunjuk keindahan bunga-bungaan di pentas)
Sebelah tue tak tau sapa dia. Menyebok ja..!!

Sebelum terlupa. Nak tunjuk cikit gambar keta yang serba mewah nie. Bila la aku dapat nek keta nie... isk..isk... (nie keta TYT la! ko angau ka! sampai bila pun ko tak leh nek la...!!!)

Sekian untuk kali nie..
Lain kali berjumpa lagi kalau diizinkan Allah SAW

bai..bai..

10 comments:

Dee said...

mula2 x phm..dh ujung2 paham dah..hehehe..

iella..tu baju kain cotton ye..cantik..

Unknown said...

faktor utama yg tak faham sbb penceritanya haru biru...hehe

a'a..kain cotton..tima kasih sebb nampak kecantikan tue (kembang semangkuk dah..)

Agak gemuk pakai baju tue...

Mama Zharfan said...

salam ziarah...me BW here :) nice blog :)

Ct Arina said...

x sangka dbenarkan bergambar kat keta tuu..
ehe^^
jeles~

jeBateja said...

Hik...hik...tak dapat kereta hitam tu....dapat motor polis tu dah le....sure powers tu....

Unknown said...

mama zharfan : thanks.follow ler blog nie..nnt kita leh chit chat..hehe

Unknown said...

mama zharfan : thanks.follow ler blog nie..nnt kita leh chit chat..hehe

Unknown said...

ct arina : yer la..dah nak bergambar gan TYT tak dapat,keta pun jadi la...Nie pun sebab dah kenal gan driver dan polis2 tue..jadi tak kisah sangat la... lagi pun dengan keta ja..tak calar pun..hehe

Unknown said...

jabateja : mOto tue lagi berkuasa... bila jalan atas jalan raya moto tue yang pergi dulu..keta tue ikut belakang jerr... hehe

Unknown said...

Pengalaman dekat dgn Perdana Menteri,Ketua Menteri,TYT sendiri mmg susah nak dapat kalau kita tak da dlm keadaan nie.Camna pun nie pengalaman yang kita sendiri pun tak pasti leh dapat masa akan datang..

Friends