Semak Duit

12 July 2010

sapa menang?? *kita wat report dulu...

Aku baru ja tengok Melodi kat tv3 semalam pasal cita penyenyi kita seorang nie...memang berbakat..tapi kenapa kena ada isu camni kan...???
 (yang mna tengok melodi mmg dier tau isu apa..)
 Ari nie aku baca hmetro isu nie makin rumit,makin serius,makin tak dapat dibendung... Paparan yang bertajuk "Ini bukan program realiti!!" Memang nie bukan program sebab kejadian nie sebenarnya memang berlaku..
Aku nie tak leh gosip banyak-banyak sebab keja aku belambak. Nie pun aku curik-curik menulis utk entry aku. Sebelum tue aku bagi cikit bahan utk bloger-bloger baca dan kalau nak baca selanjutnya cariklah Harian Metro yang berdekatan atau di http://www.hmetro.com.my/ .

PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.
 
p/s : Aku nak kena berkejar ke Dewan Sri Pinang utk melaksanakan tugas aku di sana sebagai Pendaftar nama untuk penerima pingat bagi Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang Ke-72.
 
bai..bai..

2 comments:

Dee said...

mmg panas isu ni..apalah nk jadi..nama pun suam2 kuku..tp isu peribadi yg popular..

ardinihumaira said...

tah lasi tom tu. huhuhu

Friends