Semak Duit

21 October 2010

myMetro | Lari tak mahu nikah

KUANTAN: “Jika dia (Rozaliya) setuju, perkahwinan mereka akan dibatalkan,” kata Mat Lazim Mat Ismail, 52, bapa kepada Rozaliya, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu ketika membeli persiapan perkahwinan bersama tunangnya di Pasar Besar Kuantan, di sini.

Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.

“Dia memberitahu tunangnya itu bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.

4 comments:

jeBateja said...

Pulak....ingatkan dah kena BAKAR lah budak ni...hampeh tul...masalah peribadi di sensasi...

Unknown said...

Dia tension sgt tue..
Dah tak leh nk pikir..

ardinihumaira said...

beliau cun sangat..hu tapi lari tu tak cun

Unknown said...

Dni : tue la pasal...nmpk cun ja..tp dah tak cun kan..kan..

Friends