Sudah mula umat islam utk menunaikan ibadah haji.
Semalam kat umah aku pun da yg nk g menunaikan haji.
Rasa seronok kan bla dpt wt ibadah haji nie.
Kt tempat keja aku pun ada gk pegawai yg g wt ibadah tue.
Muda lagi dah leh menunaikan haji.
Seronok kan..?senang nk bergerak wt ibadah.
Aku rasa nk wak mak & ayah termasuk mak mertua & ayah mertua sekali klu ada rezeki.
Niat............
Memang ada.
Terpahat ja dihati.
Tapi bila la akan termakmul agaknya..
2 minggu lepas aku ada pergi umah sedara aku la..
Dia wat kenduri arwah,sekali gn kenduri dia nk g haji.
tapi dia tak tau lg bila leh berangkat.
Memandangkan dah sampai musim utk menunaikan ibadah haji nie.
Aku nk bagi info sikit berkenaan ibadah nie.
Korang baca okey..
Untuk manfaat kita..
PENGERTIAN HAJI
Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.
SYARAT WAJIB HAJI
Islam
- tidak wajib atas orang kafir dan murtad
Baligh
- tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh
Berakal
- tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya
Merdeka
- Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala
Berkuasa / Kemampuan
Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"
(Surah Ali Imran ayat 97)
RUKUN HAJI (6 PERKARA)
- Niat ihram mengerjakan haji
- Wukuf di Arafah
- Tawaf di Kaabah
- Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
- Bergunting atau bercukur rambut
- Tertib pada kebanyakan rukunnya
JENIS2 HAJI
- Haji jenis Ifrad
- Haji jenis Tamattu'
- Haji jenis Qiran
- Haji sahaja, dan
- Umrah sahaja
SIKIT SOAL JAWAB BERKENAAN IBADAH HAJI
Soalan
Adakah berhak seorang suami melarang isterinya menunaikan hajinya?
Jawapan
Ya. Menurut mazhab Syafie suami berhak melarang kerana syarak mewajibkan isteri patuh kepada suami. Pemergian isteri ke Makkah tanpa suami boleh menimbulkan kesulitan kepada suami. Sekiranya suami melarang tanpa alasan yang diharuskan oleh syarak maka dialah yang menanggung dosanya.
Soalan
Apakah istilah berkemampuan dalam ibadat haji?
Jawapan
Kemampuan ialah:
a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya.
b. Sihat badan
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan.
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.
Rasanya sampai sini ja aku dapat beri info kt korang.
Banyak yg korang boleh dapat dari ctue..
Ya ALLAH..cantek kan. Kagum aku.
5 comments:
insyaAllah sampai seru kita akan dapat ke sana. kena gigih kumpul dana :)
best kn kalo dapat g buat haji.syok!
takpe2, sabarr.. lagi pun niat dah dpt pahala ;)
header comelll!
bila cek nak pi plak ni erk....adehhhh
mummy sy pun cadang nak umrah gak. x tau jd ker x
Check out on these:!
Latest entry di:
Present
Lagu Nangis
Ciri bini idaman
Post a Comment