Semak Duit

28 December 2010

Al- Fatihah wat mak sedara aku




Aku mulakan entry blog aku gn GA. Yg terbaru aku join GA yg menawarkan adiah dr IKEA..syok oooooO klu bertuah...(arap2 bertuah okey).
Excually, aku baru masuk opis ari Isnin lepas setelah aku bercuti 4 ari (trmasuk Sabtu & Ahad)
Sebelum aku cita apa yg terjadi yg membuatkan aku kena ambik emergency leave nie korang sila baca  di berita tak baik! dulu.
Aku cerita la..sbb aku rasa mmg ramai yg akan rasa malas jer nk clik ke link tue kan?
Sebenarnya mak sedara aku baru ja meninggal dunia.
Meninggal pada 23 Disember 2010 (Khamis) . Lebih kurang jam 6.30 petang.Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Aku bercuti start dari tarikh tue la..
Tapi aku sebenarnya bercuti sbb aku nk g melawat mak sedara aku tue ja..(nk wak bonda aku skali la)
Kata saudara-saudara yg lain, mak sedara aku tue dah tenat.
Tak tau ler..
Sebelum aku ke hospital, aku ke rumah sedara yg baru balik Mekah.
Ya la, kami pun nk minum gak air zam-zam dan yg paling penting kami nk ambik air zam-zam nk bg mak sedara aku yg sakit tue minum ckit.
Walaupun kami semua tau yg mak long aku dah leh minum sbb dia tak sedar diri.
kami cuma basahkan bibir dan muka dengan air zam-zam..
Lebih kurang 2 jam kami ada di hospital, nurse makin kerap ke katil mak sedara aku.
Kejap tukar oksigen,
Kejap tukar air,
Kejap ambik darah...macam-macam..
Aku tengok mesin di sebelah katil tue..Mesin yg tunjuk graf nadi dan jantung.
Kejap graf turun,
Kejap naik,
Kejap naik mendadak,
Kejap maintain..
Pastue makin turun graf tue...turun slow-slow...
Sambil tue kami semua pakat baca Yassin, ajar mengucap kt telinga....
Dah makin rasa mak sedara aku nk di panggil PenciptaNya.
Akhirnya mak sedara aku menghembuh nafasnya wat kali terakhir pada 23 Disember 2010 pada usia 52 tahun.
Jenazah diuruskan dan dibawa pulang ke kampung utk dikebumikan di sebelah arwah tok dan tok wan aku.
Jenazah dikebumikan pada pukul 11.00 pagi 24 Disember 2010 bersamaan  18 Muharram 1432H (Jumaat)
Al-Fatihah wat awrah Che Dariah bt Aishah (mak long aku)


gambar nie time raya 2 thn lepas klu tak silap aku

1 comment:

mr.syazwan said...

salam takziah buat keluarga..

Friends