Semak Duit

22 January 2011

10 Tabiat Merosakkan Otak!



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila kita tak sarapan pagi, paras gula dalam darah akan jd rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. (mesti sarapan walaupun dlm proses berdiet tau..!)

2. Terlebih makan
Akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. (Jgn la sampai terlebih mkn, nmpk tak elok sgt..)

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas @ terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. (Tak kira la lelaki @ pmpuan...Berhenti MEROKOK)

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Gula yg diambil secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. (1 sudu dah cukup....)

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. (Tak dpt nk elak sgt..pencemaran mmg tak dpt dibendung)

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. (Sbb tue la kadang2 bangun dr tido kita jd pening...)

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. (Aku selalu wat perkara nie..usaha ubah kelakuan)

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. (Jgn paksa otak. Otak mcm bdn kita..klu dipaksa sakit nnt..)

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. ( Imiginasi biarlah berpada-pada...)

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. (Masih kena berfikir, takut berkarat...)

Selamat menjaga OTAK..!

2 comments:

jeBateja said...

baguihnya info hang....tang no.3 tu...den terkedu sket...ahakz

Unknown said...

Terkedu sekarang tak pa lg, jgn terkedu smpai tersedak smpai mengancan nyawa sudah...kan..kan...?

hahaha.....

Friends